ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah itu, Iblis
membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya
lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya
adalah disebabkan Iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Adam hanyalah dari tanah dan lumpur. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak layak untuk bersujud menghormati adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah.
Disebabkan oleh kesombongan, kebongkakan dan keengganan melakukan
sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusirnya
dari syurga dan mengeluarkannya daripada barisan malaikat disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu, dia telah dijamin sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan sombongnya menerima hukuman Tuhan itu dan dia hanya
bermohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal sehingga
hari kemusnahan alam. Allah memperkenankan permohonannya itu. Tanpa
berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, dia sebaliknya
mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai punca terusirnya dia dari
syurga, dan akan datang kepada anak-anak keturunannya dari segala sudut
untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan mengikutinya
menempuh jalan yang sesat.
Kemudian, Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu sambil
melaknatnya. Allah berkata bahawa Iblis tidak akan berjaya menyesatkan
hamba-Nya yang beriman dengan sepenuh hati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar