nih...
file:///D:/HTML/LATIHAN1.HTML
Translate
Rabu, 18 April 2012
Rabu, 11 April 2012
KUMPULAN ARTIKEL TENTANG PUASA
tmn - tmn klw mau tau tentang puasa ketik di bawah ini :
1.puasa 6 hari di bulan syawal
2.puasa bulan muharrom dan sangat di anjurkan
3.berpuasa pada sebagian besar bulan sya'ban
4.berpuasa pada hari senin dan kamis
1.puasa 6 hari di bulan syawal
2.puasa bulan muharrom dan sangat di anjurkan
3.berpuasa pada sebagian besar bulan sya'ban
4.berpuasa pada hari senin dan kamis
KUMPULAN - KUMPULAN ARTIKEL
bagi tmn - tmn .. yg ingin baca artikel silakan pilih di bawah ini:
1. tentang nabi
2. cara mengaktifkan windows
3. cara mengaktifkan windows XP
4. windows antivirus smadav rev 7
5. google dengan nama sendiri
6. free windows 7 ultimate
1. tentang nabi
2. cara mengaktifkan windows
3. cara mengaktifkan windows XP
4. windows antivirus smadav rev 7
5. google dengan nama sendiri
6. free windows 7 ultimate
Sabtu, 07 April 2012
Jumat, 06 April 2012
Adam Dan Hawa Diturunkan Ke bumi
Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampunkan
perbuatan yang mereka telah lakukan. Hal ini demikian telah melegakan
dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian mereka
terhadap peringatan Tuhan mengenai Iblis sehingga terjerumus menjadi
mangsa pujukan dan rayunya yang manis namun beracun itu.
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan
Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis
dan akan berusaha agar tidak mengulangi pelanggaran yang telah
dilakukan serta menimbulkan murka serta teguran Tuhan itu menjadi
pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu
daya dan pujukan Iblis yang dilaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di
syurga yang telah pudar kerana perbuatan mereka melanggar perintah
Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa
kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu
oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah
di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan
dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak
terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam
takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk diterokaiya,
akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa
turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama
manusia itu. Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi
sebahagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kamu
dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu yang telah
ditentukan."
Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh
berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan
berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini
dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka
ragam sifat serta tabiat mereka yang berbeza-beza serta warna kulit dan
kecerdasan otaknya.Umat manusia akan hidup berkelompok dan menjadi
suku-suku serta bangsa-bangsa yang mana selah satu akan menjadi musuh
yang lain saling bunuh-membunuh, aniaya-menganianya dan tindas-menindas
sehingga Allah mengutuskan nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya untuk
memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus dan penuh damai , kasih
sayang di antara sesama manusia untuk menuju jalan yang diredhai-Nya dan
kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
kesombongan 1blis
ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah itu, Iblis
membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya
lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya
adalah disebabkan Iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Adam hanyalah dari tanah dan lumpur. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak layak untuk bersujud menghormati adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah.
Disebabkan oleh kesombongan, kebongkakan dan keengganan melakukan
sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusirnya
dari syurga dan mengeluarkannya daripada barisan malaikat disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu, dia telah dijamin sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan sombongnya menerima hukuman Tuhan itu dan dia hanya
bermohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal sehingga
hari kemusnahan alam. Allah memperkenankan permohonannya itu. Tanpa
berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, dia sebaliknya
mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai punca terusirnya dia dari
syurga, dan akan datang kepada anak-anak keturunannya dari segala sudut
untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan mengikutinya
menempuh jalan yang sesat.
Kemudian, Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu sambil
melaknatnya. Allah berkata bahawa Iblis tidak akan berjaya menyesatkan
hamba-Nya yang beriman dengan sepenuh hati.
Ringkasan Riwayat Hidup Nabi Adam A.S
Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi,langit,malaikat-malaikatnya; Allah mahu mencipta pula sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya.
Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan kehendak-Nya
menciptakan makhluk itu, mereka risau sekiranya kehendak Allah
menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau
kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana
pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada
Allah s.w.t.:
- "Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."
Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
- "Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan bani adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]
Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah
liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan
bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia
tegak menjadi manusia yang sempurna
tentang nabi adam a.s
nabi Adam A.S. merupakan nabi
dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan
dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan
kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka di
antara mereka ada yang taat dan ada pula yang enggan.
Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya, hawa kerana mengingkari perintah Allah.
Langganan:
Postingan (Atom)


